Perkongsian video yang dimuat naik di TikTok pelakon Datin Seri Maria Farida sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya pada Ahad lalu menarik perhatian w. Meskipun usia sudah mencecah 54 tahun, namun wajah Maria Farida masih kelihatan muda sama seperti ketika dia berusia 20-an. Rata-rata warganet turut terpesona dan memuji kecantikan pelakon drama siri popular Akira Khan itu masih persis anak dara. “Artis yang paling aku minat. Tak makan tua langsung. Dari kecil sampai aku dah beranak suka tengok datin ni. Klik sini untuk lihat video.
“Tak ada perubahan pun. Yang kita nampak makin cantik walaupun dah tua. Kenapa mak dia sama saja dari beranak sampai anak dah besar,” komen beberapa warganet. Terdahulu, Maria pernah meluahkan rasa terkilan dengan kecaman netizen terhadapnya yang mendakwa dia melakukan suntikan untuk sentiasa kelihatan muda. Bagaimanapun, Maria menerusi temu bual media menegaskan dia tidak pernah melakukan sebarang suntikan atau operasi memandangkan dirinya sendiri takut dengan jarum dan kesakitan.
Komen Warganet:
“Pada saya, kecantikan yang dianugerahkan mungkin ada kaitan dengan genetik saya. Dan mungkin saya sentiasa gembira dan selalu positif,” katanya. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.