Ubai selamat jalani operasi kecil di belakang kepala, Shila Amzah luah rasa lega sebab bakal suami tak hilang ingatan

Umum sedia maklum, kekasih penyanyi popular, Shila Amzah iaitu Ubai telah selamat menjalani operasi kecil di bahagian kepala bagi membuang ketumbuhan di sebuah hospital swasta. Susulan itu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Shila di IG storynya, dia meluahkan rasa syukur proses pembedahan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Malah, anak penyanyi veteran, ND Lala itu berasa lega Ubai tidak hilang ingatan selepas pembedahan kecil terebut dan berharap orang ramai mendoakan kesihatannya segera pulih. “Doakan sayang saya ni segera sembuh, nasib baik tak hilang ingatan lepas operasi hari itu,” katanya.

Pun begitu, apa yang mengejutkan ramai adalah penyanyi yang berusia 33 tahun itu mendedahkan Ubai kini mempunyai ketumbuhan di bahagian mata pula yang menyebabkan organ tersebut menjadi senget. Namun begitu, apa yang membuatkan Shila terharu adalah bakal suaminya itu tetap melayani karenah peminat untuk mengambil gambar meskipun keadaan kesihatan tidak mengizinkan. “Korang tengok lah ni, dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia. Mata dia tu ada cyst tahu tak, lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang ketumbuhan dekat mata pula,” ujarnya dalam video pendek itu.

Sebelum ini, Ubai juga berkongsi berita sedih apabila adik kesayangannya telah dijemput Illahi yang dipercayai pergi menghadap illahi akibat kejadian jalan raya. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.