Selesa jadi diri sendiri dalam soal pemakaian, Syasya Dolla akui dia terima dengan lapang dada teguran dari neneknya

ANGGOTA kumpulan Dolla iaitu Syasya berlapang dada dengan teguran neneknya yang juga pelakon veteran Rozie Othman berhubung penampilannya yang dikatakan menjolok mata. Syasya atau Norsyasya Afiqah Shahrizal, 22, berkata, meskipun selesa menjadi diri sendiri dalam soal pemakaian namun berjanji akan memperbaiki diri ke arah lebih baik pada masa hadapan. “Bagi saya apa yang nenek saya kata itu ada yang betul tapi generasi sekarang ada gaya tersendiri.

“Zaman dahulu dengan sekarang banyak beza, Insya Allah apa yang ditegur saya akan perbaiki. Tapi saya pun nak bawa imej dan jadi diri saya sendiri, tak mahu berpura-pura menjadi orang lain,” katanya. Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama media anjuran Universal Music Malaysia yang berlangsung pada malam Rabu. Dalam pada itu, Syasya memberitahu Rozie ada menghubunginya untuk memberi nasihat dan sebagai cucu dia memahami niat baik aktres itu yang bimbang akan keadaannya.

Jelasnya, dia dan neneknya memang sangat akrab malah pertemuan pada hari raya lalu juga mesra seperti kebiasaan. “Dia hubungi saya berpesan agar menjaga diri tapi apa dikatakan memang betul malah nasihatnya saya selalu dengar. “Saya tahu niatnya baik menegur apatah lagi saya cucunya. Memang sifatnya suka mengambil berat. Kami okay sahaja malah sebenarnya hubungan kami memang akrab. Raya tempoh hari pun kami ada bertemu… dia seorang nenek yang cool. Dia dulu pelakon jadi dia faham situasi seni ini macam mana,” ujarnya.

Sementara itu, Syasya berkata, dia tidak pernah berasa terbeban apabila sering diasak mengenai penampilannya yang dikatakan mencolok mata. Kata Syasya, setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing berhubung perkara itu malah tiada kuasa menghentikannya. “Sebenarnya saya tak rimas, sebab itu imej saya jadi saya ada hak untuk berkata juga. Saya okay. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cara berpakaian, kalau ada yang rasa saya terlampau mencolok mata, Insya Allah saya akan kurang-kurangkan. Saya akan sentiasa berhati-hati dalam pilihan saya dan fikir terlebih dahulu,” ujarnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.