Pembabitan dalam filem Ejen 007 lonjak karier seni Naomie, Sophie, Monica serta Michelle.

SEIRING dengan filem Ejen 007 James Bond, gadis Bond memainkan peranan penting ketika menjalankan tugas menyiasat dan membongkar kegiatan jenayah. Lebih menarik lagi, sejumlah gadis Bond berjaya mempertahankan kariernya, malah berjaya meraih trofi Oscar.

Antaranya Naomie Harris yang namanya semakin melonjak sejak tampil menjayakan watak sebagai Eve Moneypenny dalam filem Bond, Skyfall pada 2012. Dalam Skyfalll, Eve Moneypenny berperanan sebagai setiausaha yang tegas kepada ketua Perkhidmatan Rahsia British.

Naomie turut meraih kemenangan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards menerusi filem Moonlight pada 2016. Selain itu, Sophie Marceau, 53, juga salah seroang gadis Bond yang berjaya mengembangkan kariernya selepas berganding hebat dalam filem The World Is Not Enough pada 1999.

Pembabitannya dalam industri lakonan sejak 1980 serta turut menonjolkan bakat dalam filem Braveheart dan The World is Not Enough, pelakon kelahiran Paris itu konsisten untuk berjuang dalam industri perfileman Perancis. Sejak 1995 hingga 2007, Marceau menghasilkan tiga karya hebat antaranya L’aube √† l’envers, filem pendek Perancis pada 1995 yang ditulis dan diarahkannya dan ditayangkan di Festival Filem Cannes.

Filem kedua arahannya pada 2002 berjudul Speak To Me of Love. Selain itu, satu lagi filemnya iaitu Trivial mencatat kutipan ‘box-office’ di Perancis pada 2007. Tidak dilupakan, Monica Bellucci wanita yang masih tampak cantik dan seksi walau usianya pada ketika itu mencecah 50 tahun.

Segelintir peminat beranggapan dirinya tua dan tidak layak memainkan watak sebagai gadis Bond, namun wanita itu tidak mempedulikannya. Wanita yang lebih tua perlu mendapat perhatian yang sama dengan wanita yang lebih muda. Personaliti sejati ada dalam fikiran, bukan di tubuh atau umur,” katanya.

Terbaharu, Monica muncul dalam filem aksi komedi Amerika arahan Catherine Hardwicke. Jangan dilupakan pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, 61, yang juga pelakon Asia pertama membawa watak gadis Bond dalam Tomorrow Never Dies pada 1997. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.