Murid kena bayar RM5 seorang, ibu bapa bengang bila jamuan raya sekolah ank hidang makanan dalam besen je

Sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri, sepanjang bulan Syawal ini banyak open house mahupun jamuan raya yang diadakan termasuklah di institusi seperti sekolah dan sebagainya. Ia adalah masa di mana para pelajar serta guru bergaul mesra dan merasa pelbagai juadah hari raya yang disediakan secara potluck ataupun ditempah khas oleh pihak sekolah. Pun begitu, baru-baru ini tular di Instagram @/mynewshub yang memaparkan sebuah perbualan WhatsApp antara ibu bapa dan guru besar yang tidak berpuas hati dengan jamuan raya yang diadakan oleh sebuah sekolah.

Menurut posting tersebut, setiap pelajar telah diminta untuk membayar RM5 seorang untuk jamuan berkenaan namun cara makanan tersebut dihidang menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa. Menerusi gambar dapat dilihat makanan seperti spagheti, kuah dan sebagainya dihidang di dalam besen yang mana ibu bapa menyifatkan ia sebagai ‘tak proper’.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon warganet yang bersetuju dengan pendapat ibu bapa yang merasakan makanan tidak sesuai dihidang di atas besen. Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat dengan bayaran RM5, ibu bapa tidak patut mengharapkan lebih-lebih memandangkan itu sahaja bajet yang mereka ada.

Pun begitu, ada beberapa individu yang mendakwa orang terdekat dengan sekolah dan pelajar mengatakan perkara ini berlaku atas faktor dalaman seperti sikap guru besar itu sendiri. Apa-apapun admin rasa pihak yang terlibat selesaikanlah isu ini dengan baik dan diharapkan perkara yang sama tidak berulang kemudian hari. Kesian juga makan dalam besen tu. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.