Jalani penggambaran di London, sekali Nabila Huda kongsikan dia beli pil bantu hamil usaha untuk dapatkan zuriat

Umum mengetahui, sejak mendirikan rumah tangga kali kedua, pelakon Nabila Huda masih belum diberikan rezeki untuk menambah cahaya mata. Bagaimanapun, sebelum ini media melaporkan, Nabila atau mesra dengan sapaan Abil berkata dia akan terus berusaha untuk mendapatkan zuriat menerusi perkahwinan kedua bersama Mohd Izwan Johar. Terbaharu, Nabila menerusi satu ciapan di Twitter memaklumkan dia ada membeli vitamin kesihatan sebagai usaha untuk memperoleh cahaya mata dan perkongsian itu ternyata  jadi perhatian wargamaya.

Bertambah menarik lagi apabila vitamin tersebut dibeli oleh aktres berusia 39 tahun itu ketika dia berada di kota London mamandangkan produk tersebut mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai. “Orang pergi London beli baju la, beg tangan berjenama la, itu ini… She (saya) beli ini (vitamin). Hahaha, I am one in million ok.” Difahamkan, anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu berada di sana bagi menjalani penggambaran sebuah drama sebelum terbang ke New York, Amerika Syarikat.

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, segelintir warganet yang pernah menggunakan produk tersebut mengakui keberkesananya dalam usaha mereka memperoleh cahaya mata. Untuk rekod, Nabila dan Izwan mendirikan rumah tangga pada 2015. Namun pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata. Terdahulu, Nabila pernah berkahwin dengan Zaidy Zalian pada 2008 sebelum mengambil keputusan berpisah pada 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 15 tahun.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.