Bukan biasa biasa, sempena raya Boss James kongsi rezeki dengan belanja pekerja barang kemas

Usahawan dan influencer, Boss James antara nama yang sering menjadi perhatian ramai dengan penghasilan konten yang menarik di media sosial sehingga berjaya mempunyai lebih 4.7 pengikut di aplikasi TikTok. Malah, baru-baru ini, influencer yang berbangsa Cina itu menjadi bualan warganet apabila dia mengeluarkan sejumlah perbelanjaan demi memberi ganjaran kepada pekerja sebagai tanda menghargai jasa serta pengorbanan mereka terhadap syarikat. “Hari ini hari penting, kejutan raya untuk orang hebat dalam team saya, untuk hargai hasil penat lelah mereka. Yang berusaha lebih tanpa meminta balasan. Klik sini untuk lihat video.

“Kegigihan mereka perlu saya balas, dengan hadiah yang nilainya tidak seberapa. Sakit poket tak mengapa. Janji tak sakit hati. Senyuman mereka penting buat saya,” katanya. Bukan itu sahaja, Boss James meluahkan rasa syukur mempunyai pekerja yang sentiasa menjadi penyokong dan tulang belakangnya selama ini dalam membangunkan perniagaan. Bahkan, dia turut mengambil peluang dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka kerana tidak pernah mengalah dan sentiasa mempercayainya sebagai majikan dalam merealisasikan impian. “Syukur masih berjuang bersama, menjadi tulang belakang saya dalam apa yang kami kerjakan. Terima kasih sebab tak penah mengalah, sentiasa percaya saya untuk kita sama-sama realisasikan impian kita. 

Korang memang hebat, semoga hubungan kita sentiasa dipelihara, dalam lindungan tuhan. Sayang semua!” ujarnya. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh Boss James sebagai seorang majikan yang tidak lupa untuk menghargai jasa pekerjanya.

Bahkan, ramai yang mendoakan agar urusan Boss James dipermudahkan selalu dan rezekinya sentiasa dimurahkan serta berharap perniagaannya akan lebih berjaya kelak.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.