Neelofa luah rasa syukur bila jadi pilihan jenama antarabangsa, ini pula kata kata dari Pu Riz

USAHAWAN dan pelakon Neelofa meluahkan rasa syukur apabila dilantik sebagai selebriti pertama yang menjadi pilihan syarikat antarabangsa Airbnb bagi mempromosikan perkhidmatan itu di negara ini. Kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia teruja dengan pelantikan tersebut memandangkan dirinya seorang yang suka bercuti dan mengembara. Jelas Neelofa, pemilihannya sebagai ‘co host’ Airbnb itu dimulakan dengan kempen Rumah Terbuka Raya Airbnb yang bakal berlangsung di Sekebun Bunga, Batang Kali, Selangor pada 20 hingga 22 Mei depan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan teruja apabila dipilih menjadi ‘co host’ pada kempen yang dibuat Airbnb di sini. InsyaAllah, jika sambutan bagus akan diteruskan di tempat pula. “Seperti kita tahu, Airbnb ini ada di seluruh dunia. Jadi, ini peluang terbaik apabila dipilih bekerjasama dengan mereka. Kebetulan saya pun suka ‘travel’. Bagi kempen Rumah Terbuka Raya ini, saya amat berbesar hati untuk menjadi host bersama Airbnb di sebuah lokasi yang cukup cantik dan selesa. Saya tidak sabar untuk berjumpa dan beramah mesra dengan tetamu,” katanya.

Sementara itu, suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkata dia bersyukur kerana isterinya masih diterima baik biarpun sudah tampil berniqab. “Sebagai suami tentu saja saya gembira dan bersyukur, walaupun dia sudah berniqab dan tutup aurat tapi masih diterima ramai. Bukan saja dalam negara, tapi juga di peringkat antarabangsa. “Sesuatu yang membanggakan juga apabila syarikat antarabangsa memandang wanita Muslimah sebagai ikon untuk mewakili jenama mereka. Macam sebelum ini pun, ada beberapa juga jenama antarabangsa lain yang masih sudi bekerjasama dengannya,” ujarnya.

Rumah Terbuka Raya sulung Airbnb di Sekebun Bunga itu boleh memuatkan hingga tujuh orang. Penginapan untuk dua malam itu turut menawarkan harga istimewa. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.