Ini pula penjelasan dari Baby Shima tak berniat sakiti hati sesiapa.

Kontroversi? Video itu adalah video yang memaparkan saya sedang berkongsi dengan pengikut saya yang mana botol air tu unik. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu”.

Demikian ulas penyanyi Baby Shima yang menolak dakwaan dirinya meminum air dalam botol susu yang dimuat naik di laman sosial Instagram (IG) miliknya baru-baru ini. Kata Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 30, video itu dirakam hanya sekadar mahu menunjukkan botol minuman tersebut yang dianggap unik. 

Sering kali terpalit dengan kontroversi, Baby Shima enggan memanjangkan isu berkenaan kerana penjelasannya sering disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Baby Shima bakal tampil menerusi Konsert Dangdut Koplo Milenial yang bakal diadakan pada 12 Ogos depan. Baby Shima bakal memeriahkan pentas dengan penyanyi-penyanyi dangdut popular dari Indonesia.

Saya tidak sabar untuk beraksi sepentas dengan mereka dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di Malaysia. Harap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri muzik kita. Dan kalau nak cakap mengenai persiapan, saya tiada membuat persiapan. Saya langgar sahaja dan membuat persembahan macam biasa. Apa yang keluar waktu persembahan itu, itulah jadinya.

Selebih saya serahkan kepada penganjur yang berhempas pulas kerja dengan membelanjakan kos untuk menjayakan konsert ini. Kami sebagai artis, hanya bekerja untuk menjayakan konsert ini sahaja,” katanya.  Selain Baby Shima, konsert yang bakal berlangsung sekitar tiga jam di Pusat Ekuestrian Bukit Kiara itu bakal menampilkan pejuang irama dangdut tempatan, Ani Mayuni serta penyanyi dangdut popular dari Indonesia iaitu Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena.

Turut hadir adalah bintang undangan yang juga pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram. Dan ia juga bakal menampilkan pengacara, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia. Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.