Usia dah mencecah 52 tahun tapi masih nampak muda, rupanya ini rahsia Amy Mastura

Penyanyi dan pelakon, Amy Mastura tidak mengamalkan sebarang petua dalam mengekalkan rupa parasnya yang dikatakan tidak dimamah usia meskipun sudah menginjak usia 52 tahun. Menurut laporan Utusan Online, Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi berkata, bagaimanapun dia gemar melemparkan senyuman dalam menjalani kehidupan seharian. “Tak ada rahsia apapun, mungkin sebab rajin senyum. Mana ada tak makan usia. Saya nampak muda mungkin sebab solekan. Kalau tak pun, mungkin orang yang ambil video saya semuanya guna filter,” katanya.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Jawapan Kasih juga tidak terlepas berdepan masalah tetapi cuba menyembunyikan tanpa berkongsi di media sosial. “Nampak saya gembira seperti tiada masalah bukan bermakna saya tiada masalah. Mestilah ada kerana itu lumrah hidup. Saya juga jarang tunjuk masalah saya kepada orang ramai sebab saya rasa tidak adil untuk bermasam muka dengan orang lain sebab mereka tak salah apapun. Alhamdulillah, Allah beri kelebihan kepada saya untuk automatik tersenyum bila di depan orang. Lagi pula, ia juga satu bentuk sedekah,” ujarnya.

Malah sepanjang 30 tahun bergelar anak seni, pelakon drama Khilaf Asmara itu masih diingati ramai apatah lagi tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi. “Nak kata saya diingati dalam industri sebab bakat, entahlah, sebab saya rasa zaman sekarang ramai anak muda lebih berbakat daripada saya. Nak kata sebab lagu, saya rasa lagu saya sangat ringkas. Cuma mungkin saya bernasib baik. Rezeki saya orang suka,” kongsi Amy. Sumber: Utsuan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.