Asyik kena kritik dengan warganet, ank pertama Lan Solo minta untuk dia berhenti jadi artis

ISTERI kepada penyanyi Lan Solo berkongsi rasa sedih apabila mengenangkan nasib anak sulungnya iaitu Nur Amna Qaleesya yang sering menerima kritikan warganet meskipun tidak melakukan sebarang kesalahan. Nur Sheila Hassim berkata, hanya kerana Amna, 11, anak seorang selebriti semua yang dilakukannya tidak kena di mata orang ramai. Jelasnya anak perempuannya itu terlalu kecil untuk faham dan berdepan dengan situasi tersebut malah sudah banyak mengorbankan masa kecilnya dengan perkara negatif. “Dia banyak korbankan masa kanak-kanak dengan kecaman. Dia terlalu kecil untuk berdepan dengan dunia kecaman.

“Kasihan sebenarnya, dia enjoy sikit pun salah di mata warganet. Dia menari pun salah. Serba-serbi salah hanya kerana dia anak selebriti,” katanya. Sheila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya bagi menjawab pertanyaan diberikan oleh pengikutnya. Dalam pada itu, Sheila mendedahkan Amna pernah hampir berputus asa dengan apa dilaluinya sehingga meminta bapanya iaitu Lan untuk tidak menjadi seorang artis. “Sampai satu tahap dia putus asa dengan hidup dia. Sampai dia pernah cakap boleh tak Daddy tak perlu jadi artis? Sebab kawan-kawan sekolah dia tak pernah kena kritik.

“Sedangkan kawan-kawan anak saya juga main TikTok, menari juga, mengaji juga. Korang faham kan?,” ujarnya. Sheila bagaimanapun tertanya-tanya adakah warganet tidak pernah mengalami zaman kanak-kanak sehingga tidak pernah memahami situasi yang dialami oleh Amna. Pun begitu, Sheila bersyukur kerana mempunyai sahabat iaitu Syura dan Fiza Halim yang sentiasa memberikan semangat buat Amna untuk tetap terus meneruskan minatnya. “Kadang saya pun tertanya-tanya warganet ni tak pernah kecil ke? Tak pernah lalui zaman kanak-kanak ke? Main kahwin-kahwin, main masak-masak guna daun.

“Dulu tak pernah pakai seluar pendek ke masa kecil-kecil? Tapi nasib baik Mama Syura dan Aunty Fiza selalu bagi dia semangat untuk teruskan minat dia,” katanya. Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Selain Amna, pasangan itu turut dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Nur Amna Qeesyara, 8, Muhammad Akid Qassyaff, 7, dan Nur Amna Quxandra, 5. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.