Siap ada diskaun lagi, individu ni dedah cara jimat untuk korang bayar PTPTN

Bercakap soal hutang, bukan mudah mendisiplinkan diri bagi membuat bayaran secara konsisten. Bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kadangkala mereka buntu untuk melunaskan baki hutang masing-masing. Tapi, ramai belum tahu bahawa PTPTN ada menyediakan empat insentif diskaun dalam membantu peminjam menyelesaikan bayaran balik pinjaman yang sedang dilaksanakan sehingga 31 Mei ini. Seorang pempengaruh media sosial atau influencer, Tatty Hassan berkongsi tentang perkara berkenaan menerusi satu ciapan di laman Twitter sehingga menarik perhatian warganet baru-baru ini.

Menurut Tatty yang juga seorang peguam, dia memilih diskaun 15 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau Debit Terus (Direct Debit) secara berjadual. Tak perlu risau lagi sekiranya tiba-tiba terlupa untuk membayar! Selain itu, PTPTN juga memberikan diskaun 15 peratus untuk penyelesaian sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang. Bila ‘settle’ separuh, lega sikit tinggal lagi separuh kan? Bukan itu saja, peminjam turut layak mendapat diskaun 20 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman. Bayangkan kalau dah bayar keseluruhan, rasa bebas daripada bebanan yang ‘menghantui’ sejak tamat pengajian.

Insentif terakhir pula adalah diskaun lima peratus untuk bayaran balik melalui aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun  di ‘App Store’ bagi pengguna iOS, ‘Play Store’ bagi pengguna Android serta ‘Huawei AppGallery’. Sementara itu, Tatty berkata, pelaksanaan tersebut boleh dijadikan sebagai cara bagi menjimatkan duit dimana peminjam perlu merebut peluang diskaun yang ditawarkan. Untuk mengetahui maklumat lanjut berhubung bayaran balik pinjaman, boleh layari portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau media sosial rasmi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.