Tak mahu ulas pasal isu rumahtangga abng, Syafiq Yusof luah rasa terkilan bila ada pihak yang putar belit kenyataan dia sebelum ni

PENGARAH Syafiq Yusof meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak yang sengaja memutar belit kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mengenai keinginan untuk menyambut hari raya bersama abangnya iaitu pengarah Syamsul Yusof. Gara-gara kejadian itu, Syafiq, 31, berkata dia kini memilih untuk mengunci mulut dan enggan mengulas sebarang isu berkaitan abangnya itu. “Saya minta maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini saya ada cakap yang saya nak beraya dengan abang saya tapi keluar cerita kata saya nak beraya dengan orang lain (merujuk Ira Kazar).

“Ada pula pihak-pihak yang reka cerita datang entah dari mana… benda yang tak ada pun tiba-tiba ada. Sampai saya rasa bila saya cakap macam itu,” katanya kepada pemberita. Syafiq berkongsi perkara itu ketika ditemui Malam Gala Polis Evo 3 di Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Khamis. Dalam pada itu, Syafiq berharap orang ramai agar tidak mudah mempercayai berita yang diterbitkan daripada blog yang tidak diyakini sumbernya. Tambah Syafiq, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya keadaan bertambah teruk.

“Saya harap orang jangan percaya dengan blog-blog yang tidak dikenali dan pelik-pelik di laman Facebook. “Pusing cerita itu satu hal, selepas itu reka pula cerita itu memang fitnah. Harap benda itu tidak berlaku. Kalau teruk sangat saya akan ambil tindakan. “Macam saya kata sebelum ini, setiap keluarga itu ada masalah dia masing-masing. Cuma keluarga saya ini dikenali sahaja,” katanya lagi. Menyentuh mengenai Polis Evo 3, Syafiq berkata dia berlapang dada untuk menerima sebarang kritikan daripada semua pihak mengenai filem berkenaan.

Dia bagaimanapun beranggapan bahawa setiap pengarah juga berhak untuk mengeluarkan pendapat terhadap kritikan yang diterima. “Saya sentiasa bersedia menerima kritikan… dari dulu memang terima kritikan tapi bagi saya apa salahnya kalau seorang pengarah itu ada pendapat juga. “Takkan sebagai pengarah saya kena diam sahaja… saya boleh terima pendapat orang, mereka pun kena terima pendapat saya,” jelasnya. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.