Majlis pernikahan sepasang pengantin tular dan menjadi kecoh di media sosial gara-gara kumpulan muzik antarabangsa, Coldplay. Menerusi video yang dimuat naik di Twitter @fhfndtaaa, memaparkan pengantin lelaki memberikan isteri tercinta tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin. Ketika majlis akad nikah, bapa kepada pengantin perempuan menjadi wali. Selain menghadiahkan isteri tiket yang menjadi rebutan ramai orang, suami turut memberi 21 gram emas serta set persalinan solat. “Saya nikahkan dan kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana dengan kamu dengan mas kahwin 21 gram logam mulia (emas), satu set persalinan solat dan tiket Coldplay yang dibayar tunai.
Saya terima nikah Anastasya Ayu Widiadana dengan mas kahwin tersebut secara tunai.” Bagaimanapun, pemilik akaun itu tidak dapat menyatakan lokasi majlis perkahwinan diadakan. Seperti diketahui ramai, Coldplay bakal mengadakan konsert siri jelajah Music of The Sphere World Tour (MOTSWT) pada 15 November ini di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta. Manakala, di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 22 November depan.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.