Ramai yang tertanya tanya bila TokTi tak jadi juri Big Stage, tak sangka rupanya ini punca

Tirai pertandingan Big Stage 2023 telah dibuka Ahad lalu dengan menyaksikan 13 orang peserta berentap gelaran juara. Namun, kelibat Datuk Seri Siti Nurhaliza tiada di kerusi juri pertandingan menjadi tanda tanya. Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, penyanyi nombor satu negara itu menjawab pertanyaan pengikutnya tentang penglibatan dirinya sebagai juri dalam rancangan itu bagi edisi ini. Pelantun lagu Anta Permana itu menjelaskan bahawa ketika ini dia mahu menumpukan perhatian kepada dua orang cahaya matanya. Justeru itu, dia menolak untuk menjadi juri rancangan tersebut.

“Sebab saya ada dua anak, komitmen banyak. Balik dari jadi juri itu, kadang-kadang waktu tak mengizinkan.” Siti Nurhaliza yang mesra disapa Tokti mendedahkan bahawa, semasa menjadi juri pada musim lalu dia kadang kala tidak dapat menghadiri ke sesi sidang media kerana anak sulungnya, Siti Aafiyah yang masih kecil ketika itu. “Dulu masa Aafiyah pun, saya minta maaf kadang-kadang saya tak dapat nak pergi sidang media dan sebagainya sebab anak kecil lagi. Bila ada dua orang anak sekarang ini, komitmen lagi besarlah kan..nak tinggalkan mereka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami akan fasa kehidupan sebagai seorang ibu yang perlu memberikan tumpuan kepada perkembangan anak-anak terutama ketika mereka masih kecil. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.