Datuk nekad untuk buat ujian DNA bila tengok wajah cucu macam jiran, terkejut ini pula keputusan yang dia dapat

CURIGA melihat wajah cucunya kelihatan seperti jiran, seorang datuk akhirnya mendapatkan sampek kedua-duanya bagi melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA). Melakukannya secara berahsia, dia mengakui telah memendam rasa selama lapan tahun. Memetik laporan Tribun Medan, kejadian tersebut berlaku di wilayah Hunan, China. “Selepas melihat cucunya dilahirkan, dia berasa curiga dan pelik dengan situasi rumah tangga anaknya. “Tambahan pula cucunya memiliki kulit yang gelap berbanding anak dan menantunya yang putih… kelopak matanya juga berbeza,” katanya.

Rasa syak semakin menebal berikutan menantunya juga seorang yang menjaga penampilan kerana menjalankan perniagaan pakaian. Manakala anaknya pula sering keluar kawasan selama beberapa hari kerana terlalu sibuk bekerja. Namun selepas dua tahun menikah, tiba-tiba menantunya menyatakan sudah hamil walhal anaknya pulang ke rumah sekali dalam tempoh tiga bulan. Malah dia pernah menyuarakan perkara tersebut sehingga membuatkan menantunya marah dan ingin keluar daripada rumah.

Dia bagaimanapun berjaya membawa cucunya untuk melakukan ujian DNA dan keputusan yang diterima amat mengejutkan berikutan keraguannya tidak munasabah.  Ia dan anknya bekerja sama dengan baik. Pada suatu hari dia pun menjemput cucu dengan mengatakan ingin membawanya ke taman, namun pada kenyataannya membawa sang cucu ke hospital untuk buat ujian DNA tanpa pengetahuan menantunya. Namun hasil dari ujian DNA sang cucu cukup mengejutkan.

Apa yang dia curigakan selama 8 tahun tu tak benar, Ly Minh betul anak kandung mereka. Lepas mengetahui mertuanya membawa Ly Minh untuk buat ujian DNA tanpa pengetahuan, Vuong Me sangat marah. Menantu dia sangat kecewa dengan tindakan mertuanya yang dinilai sudah keterlaluan. Hal itu pula yang membuat wanita itu tak segan-segan melayangkan gugatan untuk berpisah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.