Tular video ibu tertinggal ank dekat stesen minyak, tapi reaksi ibu pula yang buat warganet bengang

Seorang ibu menerima kritikan daripada warganet kerana tidak menzahirkan rasa risau selepas anak lelakinya ‘tertinggal’ di sebuah stesen minyak. Kejadian tersebut dirakam oleh petugas di stesen minyak berkenaan dan kini viral di media sosial. Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu dilihat sedang menghubungi ibunya menerusi telefon bimbit yang dipinjamkan oleh petugas berkenaan. Namun, si ibu dilihat tidak menzahirkan rasa risau apabila mendapat tahu bahawa anaknya tertinggal di stesen minyak. Sebaliknya, kanak-kanak lelaki itu dimarah oleh ibunya dan diminta untuk tunggu sehingga si ibu datang kembali menjemputnya. Klik sini untuk lihat video.

Meninjau ruangan komen, ramai yang berasa hairan kenapa si ibu itu tidak sedar bahawa anaknya tiada dalam kereta. “Kenapa mak dia macam tak risau pun anak dia hilang? Lagi di marahnya budak tu.” Apahal mak kau yang melenting. Dia yang tinggal anak dia. Budak ni tahan je nak nangis. Bagus pula tu tak nak tunggu dalam kedai. Tunggu kat luar. Naik Waja bukan Alphard sampai tak perasan anak ada ke takda. Cara dia bahasakan diri dia dan cakap takut-takut tu macam selalu kena marah. Nak tengok muka mak dia!.”

“Bod*h naik Waja je kut takkan tak perasan anak! Bukanya naik kereta lapan seater sampai tak perasan! Apa ke bod*h.” Tidak kurang, ada yang mencadangkan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Mengambil Tindakan Terhadap ibu tersebut kerana bersikap cuai. “Patut JKM saman je ibu macam ni. Bukannya kalut dan menangis tak perasan anak tertinggal, dimarahnya pulak anak tu,” tulisnya. Sumber: Gempak.