Ambik pakej mahal tapi tekak tetap nak makanan kampung, Dato Aliff Syukri untung ibu dan mertua tolong masak dalam bilik

UMUM mengetahui usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji bersama beberapa ahli keluarga termasuk anak lelaki dan ibunya, Rozita Ibrahim. Meskipun berada jauh dari tanah air namun gelagat Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, tetap menjadi perhatian pengikutnya yang ingin mengetahui perkembangannya mengerjakan ibadah itu buat pertama kali. Menerusi perkongsian Aliff di Instagram miliknya, Aliff memberitahu pemakanan menjadi salah satu cabaran buatnya kerana menyifatkan lidahnya memiliki cita rasa kampung dan sukar menjamah juadah tempatan di sana. Klik sini untuk lihat video.

Aliff bagaimanapun melahirkan rasa syukur kerana ibu dan mentuanya iaitu Rohani Hassan dapat memasak masakan Melayu untuknya. “Dugaan mengerjakan haji di sini… Saya bersyukur sangat dapat tunai haji bersama mak dan ibu mentua saya (duduk) dalam bilik yang sama. “Satu habit saya ini, macam orang kampung terikut sangat dengan perangai nenek saya, pergilah hotel mana pun. “Hotel lima enam bintang, bekal belacan, cili, periuk belanga semua saya akan bawa untuk masak dalam bilik… Maklumlah tekak saya tekak orang kampung,” katanya.

Dalam video yang dikongsikan itu, dapat dilihat Aliff dan ibu mentuanya berbalas gurauan tentang sikap berjimat usahawan berkenaan. “Hotel kelas, pakej mahal tapi bawa juga kari dari rumah. Bawa belaan, ikan kering. “Kata sekali sekala belanja mama, belanjalah makan sedap… mewah-mewah sikit. Lepas tu malas nak kemas,” ujarnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ibu mentua usahawan berkenaan. Malah mereka juga menyarankan usahawan tersebut lebih memfokuskan kepada amal ibadah berbanding perkara lain.

“Betul cakap mak mentua, ambil pakej mahal sudahnya masak dekat hotel. Dah penat beribadah semua nak masak apa lagi. “Lebih baik Datuk fokus dengan ibadah haji, duit berjuta-juta tapi sibuk bawa segalanya sebab nak berjimat. “Mungkin mentua Datuk dah terasa penatnya, nak beribadah nak memasak… nak layan Datuk lagi,” antara komen warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.