Ramai tak sangka Aedy Ashaf sangup terbang ke Cannes beri sokong buat Amelia.

Pelakon Aedy Ashraf, 30, yang ke Festival Filem Cannes tempoh hari untuk menyokong Amelia Henderson, 28, tumpang gembira selain kagum dengan aura festival berprestij terbabit.

Aedy yang hadir menyokong Amelia sebagai hos mewakili TikTok di festival itu yang pertama kali merasai sendiri acara berkenaan sifatkannya sebagai medan pendedahan sangat berguna. Saya rasa ia satu hal yang sangat besar untuk dia dan gembira ke sana menyokongnya. Malangnya saya tak dapat jumpa seorang pun (selebriti besar) sebab saya datang lambat sikit.

Tapi melihat aura di sana, macam mana mereka hargai filem-filem luar, sangat gila. Saya nampak juga filem-filem Malaysia sampai ke sana. Saya rasa ia pendedahan yang sangat-sangat bagus. Terutama untuk filem-filem Malaysia pada masa hadapan khasnya filem The Tiger Stripes. Sebuah filem indie yang sampai ke sana dan menang anugerah besar, satu hal yang membanggakan,” katanya ditemui pada majlis penjenamaan semula perniagaan kentang gorengnya, Fam Fries, semalam.

Menurut Aedy, dia dan Amelia juga tidak melepaskan peluang menjelajah beberapa tempat di sana sejurus acara itu. Alang-alang di sana, kenapa tidak kami melancong bersama. Tiga hari di Cannes, empat hari di Barcelona,” katanya.

Pada acara semalam, Amelia turut hadir memberi sokong kepada Aedy. Menurut Aedy mengenai hubungan mereka pula, dia menyerahkan soal itu kepada suratan jodoh. Saya sangat selesa dengan Amelia. Saya bersyukur peminat doa yang baik-baik untuk kami malah saya berharap mereka akan terus doakan kami.

Rancangan (perkahwinan) tiada lagi, kami nikmati masa kami bersama. Kalau ada rezeki ada dan sebaliknya,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.