Watie muat naik video ketika keluar bersama anak bongsu Shuib curi tumpuan warganet di media sosial.

Tidak sampai sebulan lagi, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib, 39, bakal diijabkabulkan dengan tunangnya, usahawan Watie Hanifiah, 35, selepas mereka mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu. Walau bagaimanapun, penampilan Watie kerap mendapat kritikan daripada warganet yang berasa kurang senang dengan pakaiannya yang selalu mengikut bentuk badan sebelum ini.

Terbaharu, perkongsian Watie di laman Instagram (IG) yang memuat naik video ketika keluar bersama anak bongsu Shuib iaitu Ayash Affan, 3 tahun, turut mencuri perhatian netizen di media sosial. Selain daripada kemesraan dengan Ayash yang nampak sangat manja dengan bakal ibu tirinya, penampilan Watie yang begitu sopan mengenakan tudung menutup paras dada turut menerima pelbagai komen positif daripada netizen.

Sementara itu, Shuib juga dilihat meninggalkan komen memuji penampilan Watie yang nampak manis dan sopan disamping berasa teruja melihat kemesraan anak bongsunya bersama bakal Isterinya itu. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut dan warganet memberikan kata-kata positif kepada Watie kerana melihat keikhlasannya untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Shuib.

Pada masa sama, warganet juga mulai menerima Watie dan mengakui wanita itu sangat sesuai menjadi seorang ibu bagi memberikan kasih sayang kepada anak-anak Shuib selepas pemergian ibu kandung mereka.

Dalam laporan terdahulu, Shuib dan Watie mengumumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga dan mengadakan majlis persandingan pada 23 Jun depan. Shuib atau Shahmira Muhammad dan Watie selamat bertunang pada majlis tertutup di kediaman Watie di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Sebelum ini Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011. Bagaimanapun, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana dijangkiti Covid-19. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, dan Ariq Matin,8, dan Ayash Affan, 3.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.