Dalam diam bercinta dengan lelaki sado, Amyra Khan dedah mesej rindu buat warganet tertanya tanya

Personaliti media sosial, Ameera Khan jadi tumpuan pengikut apabila berkongsi satu tangkap layar memaparkan perbualan mesra bersama seorang jejaka menerusi hantaran di InstaStory. Berdasarkan perbualan di iMessage itu, jejaka tersebut meluahkan rasa rindu dan membuat permintaan bagi melihat wajah jelita gadis berusia 23 tahun itu sebelum menerima dua keping gambar swafoto Ameera. “Awak adalah gadis paling cantik di dunia,” balas jejaka berkenaan selepas mendapat gambar daripada Ameera atau mesra disapa sebagai Little Miss Khan.

Ameera yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa kemudian turut meluahkan perasaan sama dengan mengatakan ‘saya paling rindu awak’. Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan gerangan jejaka bertuah tersebut sebaliknya hanya menggunakan emoji love berserta huruf A sebagai nama. Namun berdasarkan gambar profil, jejaka terbabit sepertinya memiliki bentuk badan yang sasa atau panggilan popularnya ‘sado’ dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdahulu, Ameera didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor kacak dari Indonesia iaitu Jefri Nichol tetapi tiada sebarang pengakuan daripada empunya badan.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.