Puteri Sarah bantah injunksi sebab nakkan kebebasan bersuara, mahkamah tetapkan tarikh keputusan pada 14 ogos

MAHKAMAH Tinggi Syariah Shah Alam akan membuat keputusan berhubung perintah lanjutan injuksi ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana pada 14 Ogos 2023. Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah berkata, mahkamah perlu meneliti terlebih dahulu alasan dikemukan kedua-dua belah pihak pada tarikh berkenaan sama ada injuksi itu dikekalkan atau diketepikan. Pada 26 Mei lalu, membenarkan permohonan Syamsul atau Mohd Syamsul Md Yusof, 39, untuk mendapatkan perintah injunksi lanjutan terhadap Puteri Sarah selama dua minggu.

Injuksi lanjutan itu berakhir pada 8 Jun (hari ini). Injuksi itu menghalang Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,38, daripada memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes pisah dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk atau medium.Bagaimanapun prosiding tersebut, Syamsul dan Puteri Sarah tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam masing-masing.

Dalam pada itu, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, pihaknya akan memfailkan bantahan terhadap injuksi lanjutan tersebut. Kata Akberdin, anak guamnya akan membuat bantahan tersebut atas sebab kebebasan bersuara. “Mahkamah akan meneliti alasan kedua pihak memandangkan sebelum ini ia dibuat secara ex-parte. Puteri Sarah membuat bantahan itu atas sebab kebebasan bersuara,” katanya.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan pisah terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu dan kes perpisahan mereka masih berjalan di mahkamah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.