Tinggal di Bali lebih dari sebulan, Anna Jobling nekad untuk belajar bahasa Indonesia

SELEPAS terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon di Indonesia, pelakon Anna Jobling akhirnya bakal melebarkan sayap di negara itu bagi membintangi sebuah siri terbaharu di platform Over-The-Top (OTT), MNC TV sebagai watak utama. Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling, 23, berkata, dia akan ‘mengasingkan diri’ selama sebulan di Bali, Indonesia untuk menjalani penggambaran siri berkenaan.”Setelah beberapa projek yang saya terpaksa tolak pada enam bulan pertama 2023, saya sangat gembira untuk menerima kembali tawaran berlakon di Indonesia, lebih-lebih lagi saya akan tinggal di Bali lebih daripada sebulan.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya bekerjasama dengan produksi Indonesia. Saya juga bakal bergandingan bersama pelakon kegemaran saya iaitu Pevita Pearce yang juga merupakan pengarah drama OTT ini,” katanya. Dalam pada itu, Anna berkongsi rasa teruja memberitahu dia sedang mempelajari bahasa Indonesia bagi memudahkan dirinya berkomunikasi di negara berkenaan. “Perasaan pastilah takut dan teruja… saya harus memperbaiki dari segi bahasa dan dialek Indonesia serta menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia.

“Saya sangat berterima kasih dan bersyukur kepada peminat yang sentiasa mendukung perkembangan saya sehingga kini. “Bahasa dan dialek Indonesia Anna sering diperbetulkan oleh mereka ketika berinteraksi bersama dan itu yang membantu Anna untuk lebih yakin meneruskan penggambaran drama OTT itu,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Anna turut tercalon dalam dua kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2023. Kata Anna, dia bersyukur kerana peminat dari Indonesia turut menyatakan sokongan dan membantu memberikan undi.

“Tak sangka mereka selalu kongsi perkembangan saya dan berkempen untuk saya,” katanya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.