Bengang bila Julia Farhana guna nama ank, Lufya Omar bagi masa 24 jam untuk buat permohonan maaf

PELAKON Lufya Omar sudah hilang sabar terhadap isteri bekas suaminya iaitu aktres Julia Farhana yang didakwa menggunakan nama anak perempuannya demi meraih publisiti. Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 38, berkata, dia menggesa agar Julia tidak menggunakan anaknya iaitu Laana Haura demi mendapatkan publisiti kerana ia tidak membantu meringankan usaha dia membesarkan kanak-kanak berusia 6 tahun itu.Malah aktres itu meminta bekas suaminya Dr Che Hafiz dan Julia berhenti berlakon menjadi sasaran dan menutup mulut daripada bercakap mengenai Haura.

“Tak habis-habis play vctm, drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis. Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura. Tak ada kebaikkan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura? “Saya juga kena berusaha cari duit untuk semua. Berapa sen ‘arwh’ kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini,” katanya menerusi Instastory miliknya pada pagi Sabtu. Kemarahan aktres itu dipercayai berhubung tindakan Julia meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dibuat ke atas suaminya.

Dakwa Julia, Dr Che Haifz merupakan seorang lelaki yang baik malah mendedahkan masih menyimpan baju anak perempuannya di dalam almari. Susulan itu, Lufya memberi tempoh 24 jam untuk Julia membuat permohonan maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang. Lufya juga memberitahu sekiranya gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak mendedahkan video Dr Che Hafiz yang didakwa memaparkan sejarah hitam bekas suaminya itu. “Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau!

“Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Saya beri masa 24 jam untuk minta maaf sebelum saya keluarkan video. “Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf,” katanya. Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu berpisah pada 17 Jun 2020. Selepas tiga tahun menduda, Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia pada 14 Disember tahun lalu.

Sumber: mStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.