Ini respon Anzalna dan Afifah mengenai Isu Bapa mereka yang ditamatkan kontrak sebagai CEO FINAS.

Umum mengetahui Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim telah ditamatkan kontraknya sebagai CEO dalam tempoh 24 jam tanpa sebarang kes jenayah atau masalah integriti.

Isu berkenaan turut mendapat respon dari anak beliau yang merupakan pelakon terkenal iaitu Anzalna dan Afifah tampil memberikan kata-kata semangat buat bapa mereka. Menurut Anzalna menerusi hantaran di Instagram, bapanya merupakan seorang individu yang amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan, namun mungkin rezeki tidak menyebelahi beliau ketika ini.

Dalam pada itu, Afifah mengakui bapanya itu tetap mendapat sokongan orang ramai biarpun mendapat layan yang tidak adil oleh pihak yang terlibat. Dipetik dari laporan Malaysia Gazzatte, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Prof Dr Md Nasir Ibrahim mengakui terkejut apabila pemecatannya dalam tempoh 24 jam itu tidak melibat sebarang kes jenayah atau masalah integriti.

Bapa kepada pelakon, Anzalna dan Afifah Nasir ini tidak menolak kemungkinan wujud kronisme dalam pentadbiran FINAS yang didakwa antara punca pemecatannya. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.