Asha teruja nak belikan baju ank dekat Korea, tak sangka rupanya ini baju untuk anjing

Umum tahu pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican selamat menimang cahaya mata yang pertama pada 26 Mac 2023. Keterujaan yang masih membara itu telah menyebabkan kesilapan kecil berlaku yang mencuit hati ramai orang. Menerusi perkongsian di TikTok, Harris dan Asha kelihatan sedang bercuti di Korea Selatan. Namun, apa yang mencuit hati apabila Asha yang dilihat teruja melihat baju-baju yang disangka untuk bayi. Dalam video itu, Asha terus segara berjalan ke arah ‘pakaian bayi’ dan membelek-belek sebelum menyedari hal sebenar. Hal itu disedari apabila Harris yang ternampak patung-patung anjing yang memakai pakaian tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Walau bagaimanapun, pasangan tersebut hanya tertawa dan beredar dari tempat itu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan situasi yang terjadi kepada mereka. Selain itu, terdapat juga komen dalam kalangan warganet yang memahami keterujaan Asha dalam membeli barang untuk anak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.