Shuib dan pasangan dah sah jadi suami isteri, rupanya masa majlis nikah bekalan elektrik terputus sekejap

MAJLIS akad nikah pelawak Shuib dan Watie Hanifiah yang berlangsung kira-kira 8.30 malam terpaksa dihentikan seketika kira-kira 15 saat susulan bekalan elektrik terputus. Ia diadakan di Putra Glass Hall, Shah Alam pada malam Jumaat. Bagaimanapun, kesemua tetamu kekal tenang di meja masing-masing dan upacara akad nikah dapat disempurnakan dengan lancar. Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dan Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, akhirnya disatukan sebagai suami isteri yang sah dengan sekali lafaz.

Pasangan mempelai dinikahkan oleh abang pengantin perempuan iaitu Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor Ustaz Zubairi Bin Ghazali. Shuib yang juga penyampai Suria FM menyerahkan mas kahwin RM8,288. Kira-kira 600 orang tetamu hadir memeriahkan majlis terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat. Lebih meriah lagi pasangan ini menerima kejutan persembahan penyanyi Dayang Nurfaizah pada majlis tersebut. Pasti ramai peminat ingin tahu apa yang berlaku sepanjang majlis pernikahan Shuib dan Watie itu? Berikut 10 perkara penting di hari bahagia pasangan mempelai.

Pelamin yang direka bertemakan mutiara dengan konsep serba putih. Watie mengalirkan air mata tatkala selesai akad nikah dan sah bergelar isteri kepada Shuib. Majlis dihoskan oleh penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira dan Nabil Ahmad. Majlis bertemakan warna dusty pink dan kebanyakan tetamu mengikut tema ditetapkan. Tetamu turut disajikan dengan minuman jenama Bubble Bee iaitu air minuman perniagaan milik Shuib. Majlis akad nikah terhenti seketika kira-kira 15 saat susulan terputus bekalan elektrik. Namun semua tetamu tenang di meja santapan masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan persembahan Lah Ahmad dan Anuar Zain. Rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, Ustaz Don Daniyal, MK K-Clique, Wan Sharmila, Marsha Milan antara yang hadir pada majlis akad nikah itu. Dayang Nurfaizah tampil membuat kejutan buat Shuib dan Watie mendendangkan lagu Mencintaimu yang dipopularkan oleh Krisdayanti. Penutup diserikan dengan persembahan bunga api dan semua tetamu dijemput menyaksikannya di luar dewan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.