Sekali Sherry Al Hadad pegang watak Dato bermisai nak diet buat warganet terhibur.

Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad atau lebih dikenali sebagai Sherry Al Hadad merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara yang hebat di Malaysia.

Sherry juga merupakan pemegang Ijazah ASWARA dan pernah berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang teater di pusat pengajian yang sama. Beliau juga dikenali ramai dengan telatahnya yang ‘masuk air’ yang membuatkan ramai meminati personaliti lawaknya itu. Baru-baru ini, tular di tiktok miliknya apabila Sherry memuat naik satu video yang mencuri perhatian ramai terutama peminat-peminatnya.

Dalam video berkenaan, memaparkan Sherry berpura-pura memegang watak dato sambil bercakap dengan dato lain mengenai isterinya yang merungut mengenai berat badan naik sambil menunggu untuk makan ‘salad’ itu.

Rata-rata, warganet terhibur melihat telatah Sherry dengan gaya percakapan seperti seorang dato yang sebenar. Mereka  juga meninggalkan beberapa komen yang lucu serta mereka suka akan lawak yang disampaikan olehnya dalam video berkenaan, apa-apa pun, Sherry memang seorang yang suka melawak terutama sekali apabila tengah ‘in character’. Sherry juga seorang yang tidak sombong dan itu membuatkan peminatnya selesa untuk mendekatinya.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.