Annie Arifin buat laporan polis terhadap penerbit filem yang didakwa mewujudkan gosip skandal dengan bersama Ar Badul.

Pelakon filem Vik2ria Secret, Annie Arifin, 40, terkilan dengan tindakan penerbit filem itu, Richard Ung yang menyebarkan gosip skandal mengaitkan dia berkahwin dengan pengarah filem itu, AR Badul bagi melariskan filem terbitannya itu. Annie yang juga pelakon utama filem itu berkata, dia tidak pernah bersetuju dengan cadangan Richard yang mahu menggunakan gosip skandal untuk melariskan filem itu sejak awal lagi.

Richard beri cadangan gosip itu kira-kira dua, tiga bulan lalu tetapi saya tidak setuju. Kesannya bukan sedikit untuk saya dan keluarga tanggung malu. Namun, saya terkejut bila gosip bernikah dengan AR Badul tersebar sehari selepas malam gala filem Vik2ria Secret, minggu lalu.

Saya sangat kecewa kerana kesannya bukan sedikit untuk saya dan keluarga menanggung malu. Lebih membuatkan emosi tertekan, bila saya tidak henti-henti menerima panggilan daripada ahli keluarga, rakan dan orang kampung bertanyakan isu kahwin dengan pengarah veteran itu,” katanya kepada Harian Metro.

Annie mendakwa, dia yang sudah 10 tahun terbabit dalam bidang lakonan tidak pernah terpalit dengan gosip atau skandal sedemikian. Sebelum ini, saya pernah bertengkar dengan Richard ketika dia memberi cadangan nak buat gosip sensasi kononnya untuk menaikkan nama saya.

Saya tidak setuju kerana kalau nak buat gosip sensasi sejak dulu lagi, bukan pada usia saya mencecah 40 tahun dan ada anak. Saya juga menjadi pelakon bukan nak kejar nama atau glamor, hanya untuk mencari rezeki menyara keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, Annie mahu Richard membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu. Annie turut membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini, Khamis lalu.

Saya betul-betul malu dan rasa dianiaya. Ini bukan gimik atau isu hendak melariskan filem, sebaliknya ini soal maruah saya. Saya mohon penerbit buat permohonan maaf secara terbuka dan tampil berbincang untuk selesaikan isu ini. Jika tiada apa-apa tindakan, saya akan rujuk kepada peguam untuk tindakan susulan,” katanya. Dalam pada itu, Annie turut menafikan dia berkahwin dengan AR Badul seperti yang tersebar sebelum ini.

Kami hanya bekerjasama dalam filem arahannya Vik2ria Secret. Saya juga menganggap AR Badul sebagai guru. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan saya sangat berterima kasih dan menghargainya,” katanya. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.