Ustaz Derry Sulaiman mohon agar tidak membuat sebarang spesifikasi mengenai Ustaz Ebit Lew.

Seorang ustaz dari Indonesia tampil memberi penjelesan tentang kontroversi yang melanda penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dan seorang wanita gelandangan bertatu penuh di muka bernama Mondy Tatto. Lelaki berkenaan yang dikenali Ustaz Derry Sulaiman berkata, dia sangat mengenali Mondy dan mengetahui kehidupannya di negara asalnya itu.

Sememangnya di viral di Indonesia, mempunyai pengikut juta-juta, tetapi silapnya kami di sini (Indonesia) tak support (sokong) kehidupan dia. Mondy bisa (boleh) belajar agama, baiki kehidupan dan masa sama memperbaiki ekonomi dirinya. Boleh juga Mondy mencari seorang suami yang soleh.

Mondy juga sedang mencari suami yang soleh, moga dipermudahkanlah,” jelas Derry. Terdahulu, Kosmo! melaporkan nama Ebit kembali menjadi sebutan ramai apabila niat murninya membantu Mondy Tatto dipersoalkan khalayak.

Ramai dalam kalangan netizen terkejut apabila mengetahui wanita itu bukanlah seorang gelandangan yang memerlukan bantuan seperti dipaparkan lelaki itu, sebaliknya seorang pempengaruh media sosial memiliki 1 juta pengikut dalam TikTok.

Bantuan dihulurkan Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew terus menjadi perdebatan ramai apabila wanita itu dilihat menjual produk difahamkan keluaran pendakwah terbabit menerusi satu siaran langsung (live) dalam TikTok.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.