Seorang wanita dakwa lihat hantu selepas bermain papan Ouija.

Seorang wanita mendedahkan bahawa dia menghadapi kesukaran untuk tidur selepas menggunakan papan Ouija bagi memanggil makhluk halus, yang menyebabkannya melihat hantu di sebuah hotel, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita tersebut, Alison Dunn, bahkan berjaya merakamkan imej lembaga menakutkan itu dengan sebahagian badannya bersandar pada dinding di Hotel Park di Lancashire, England, pada 10 Jun lalu.

Pengurus bank berusia 49 tahun itu berkata bahawa gambar tersebut dirakam ketika semua pemburu makhluk ghaib tertumpu di bilik tidur tingkat empat hotel yang dianggap berhantu itu. Walaupun tidak melihat apa-apa dengan matanya sendiri, Dunn berasa terkejut  apabila melihat gambar itu.

Tambahnya, ahli kumpulan lain merasakan bahawa laluan di hotel tersebut menjadi sejuk sejurus sebelum dia merakamkan gambar itu, malah mereka melihat cahaya yang berkelip. Anda boleh melihat satu kaki jika anda terus melihatnya dan selebihnya kelihatan agak berbayang. Ia kelihatan seperti seseorang yang bersandar di dinding,” kata Dunn.

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.