Lagi beberapa hari je nak raya haji, Che Ta belikan ibu gelang emas siap bawa cash RM30k

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidiladha. Pastinya ramai yang sudah mula melakukan persiapan masing-masing. Namun begitu, lain pula cerita dengan dramatis popular, Rozita Che Wan yang membuat persiapan menyambut Aidiladha dengan membelikan gelang emas baharu buat ibu tercinta. Menerusi sepotong video yang dikongsikan di laman TikTok, Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta dilihat hadir ke sebuah kedai emas bersama ibunya baru-baru ini.

Tulis Che Ta pada ruangan kapsyen, dia membawa ibunya untuk membeli gelang emas baharu bersempena raya haji dan akui rambang mata apabila tiba di kedai tersebut. “Bawa mak pergi beli gelang raya haji. Rambang mata datang.” Dalam pada itu, Che Ta turut dilihat mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada tas tangannya untuk membayar gelang tersebut secara tunai. Video berdurasi 0.20 saat itu sekali gus berjaya menuai pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji sikap Che Ta yang sentiasa berkongsi rezeki dengan keluarganya. Malah, warganet juga berdoa agar suatu hari nanti mereka boleh melakukan perkara sama seperti mana yang dilakukan oleh ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.