Jurusolek kongsikan pengalaman berdepan dengan pengantin yang ada masalah badan berbau

Gambar sekadar hiasan

INDIVIDU yang terlibat dalam industri perkahwinan pastinya mempunyai banyak pengalaman pahit manis setiap kali berdepan dengan pasangan pengantin baharu. Terbaharu, seorang jurusolek lelaki meraih perhatian selepas dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan pengantin yang mempunyai masalah badan berbau. “Okey aku nak tanya hangpa (anda) semua yang duduk mekap-mekap pengantin, hangpa pernah tak dapat pengantin busuk? Tapi busuk tu hangpa tak tahu bahu apa.”Hanyir, kepam, bau macam kena shr, bau macam kena mandrem, kena mak esah… Pernah tak dengar?” ujarnya.

Video pendek yang dikongsi menerusi aplikasi TikTok itu meraih lebih 130,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen warganet. Salah seorang pelayar TikTok turut menyelar pendedahan lelaki itu yang dianggap membuka aib pengantin yang juga pelanggannya. “Kurang ajarnya awak ni. Pelanggan bayar awak tapi kenapa mesti nak buka aib orang eh? Awak tu wangi sangat ke?” tulis seorang individu di ruangan komen. Menjawab komen itu, lelaki tersebut berkata dia tidak membuka aib sesiapa, malah identiti pengantin juga tidak didedahkan dalam video tular berkenaan.

“Penat la macam ni. Aku cerita fasal pengalaman dan saya buka aib siapa? Nama siapa? Duduk mana? Akak tahu ke? Dia bayar ke tidak? Saya tak sebut pun nama dia, dia duduk di mana, tarikh bila, pukul berapa, anak Pak Suud ke, Pak Saad ke, tak cerita langsung nama dia. Jadi mana akak tahu tu aib dia?” kata lelaki itu mempertahankan tindakannya. Dalam satu lagi video berlainan, lelaki itu turut memberi pesanan kepada masyarakat agar menjaga kebersihan diri mereka bagi mengelakkan terjadinya masalah bau badan.

“Aku nak beritahu hangpa, sebagai seorang perempuan, tak kira perempuan atau lelaki, kebersihan tu kena jaga. Sebab tu dalam beg aku sentiasa ada body oil atau benda yang mewangikan. “Apabila kita nak jumpa orang, kita rasa tak selesa dengan diri kita, kita spray. Hang tak payah rasa bau peluh ni sksi, yakin dengan diri. “Aku nak tekankan kat sini, siapa yang kutuk atau komen aku ni buka aib dia, hangpa sila perhati balik betul-betul kalau aku buka aib,” ujarnya lagi.

Di ruangan komen, ada yang tidak bersetuju dengan pendedahan memalukan itu, namun terdapat segelintir individu mendakwa mereka turut berdepan pengalaman serupa. “Ada. tujuh tahun lepas. Masa nak mekap sanding baru terjadi, sebelum tu dia okey saja. Dari mula mekap sampai malam pun masih bau hanyir bagai. “Saya mekap pengantin lebih 20 tahun. Macam-macam saya jumpa. Tapi saya ambil sikap keluar rumah mereka, saya butakan mata dan zip mulut.

“Saya buat inai. Masa buat dekat kaki dia tu, Ya Allah semua bau ada. Dah la dia pakai kain. Bau kaki ke bau apa dah tak tahu, busuk sangat. “Pernah. Tiga hari pengantin tak mandi. Famili dia tak bagi sebab tak nak bagi hujan. Bau dia sampai saya demam. Sampai esok bau dia kat kepala,” ujar beberapa individu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.