Dah selamat disatukan dengan Watie, Ibu Shuib dedah Watie ada persamaan dengan Siti Sarah

Malam tadi, pelawak Shuib selamat disatukan dengan wanita pilihan hatinya Watie Hanifiah. Ibu kepada pelawak tersebut, Salamiah Jalani meluahkan rasa syukur anaknya itu terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga lagi. Salamiah berkata bukan mudah untuk Shuib menerima wanita lain dalam hidupnya selepas pemergian isterinya, Siti Sarah. “Alhamdulillah syukur sangat sebab Shuib dah terbuka hati terima orang lain dalam hidupnya sekaligus menggantikan ibu untuk anak-anaknya.

“Sebelum ini tak dinafikan dia tidak yakin untuk berumah tangga lagi kerana dia bukan saja memikirkan tentang dirinya malah anak-anaknya juga. “Sya nasihatkan kalau dapat pasangan yang baik apa salahna. Ternyata Watie seorang wanita yang baik serta bersabar dengan anak-anak,” katanya. Dalam pada itu, Salamiah berkata Watie juga mempunyai banyak persamaan dengan Siti Sarah serta berharap hubungan anak dan menantunya itu akan berkekalan. “Ciri-ciri Watie ini sebenarnya banyak dengan Siti Sarah. Iyalah, saya pun bukannya orang baik. Kalau saya tak suka, saya terus je marah. Tapi dia macam Sarah, kalau dia marah dia masih lagi datang kepada kita dan meminta maaf.

“Sikap lucu lain yang sama dengan Sarah adalah Watie ni pelupa. Kalau tengok telefon tu, dia akan fokus sampai tak peduli orang panggil. Tapi saya selalu ingatkan dia, tak boleh begitu. “Lagi satu apa yang sama adalah dia seorang yang suka melayan saya setiap kali datang ke rumah. Seperti arwah juga, saya teringin hendak makan apa-apa, dialah orang yang sibuk dapatkan atau masakkan untuk saya,” katanya.

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.