Gembira sebab anak berpisah dengan cara baik, Datuk Yusof Hasslam dedah masih belum berhubung dengan Syamsul

PENERBIT Datuk Yusof Haslam memaklumkan anaknya iaitu Syamsul masih belum menghubunginya atau isteri, Datin Patimah Ismail selepas sah berpisah dengan Puteri Sarah Liyana pada 14 Jun lalu. Memahami jadual padat anaknya itu, Yusof atau Md Yusof Md Haslam, 69, berkata kesibukan kerja mungkin menjadi faktor Syamsul belum berkesempatan menghubunginya. “Dengan Sarah ada berhubung tapi Syamsul setakat ini dia belum berhubung dengan mak atau pun ayah dia.

“Tapi saya rasa mungkin dia sedang sibuk ‘shooting’ Original Gangster jadi kita bagi dia masa. Saya rasa gembira kerana Syamsul dengan Sarah dah berpisah tapi dengan cara yang baik, hubungan Sarah dengan Syamsul dengan anak-anak okay,” katanya. Dalam pada itu, Yusof sempat mengulas mengenai kejayaan filem Polis Evo 3 yang menewaskan kutipan filem daripada luar negara seperti Fast X. “Pertama sekali saya bimbang kerana kita berentap dengan filem Fast X sebuah filem kita tahu memang belanja ratusa juta dollar dan kita belanja dalam RM8 juta.

“Tapi ini menunjukkan bajet bukan menjadi kayu ukuran mengatakan kalau bajet besar kita akan berjaya ia berbalik content, penceritaan dan rezeki Allah SWT,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.