Muat naik video mesra dengan Nora Danish, sekali Jejai punya komen pula yang jadi perhatian warganet

Majlis pernikahan pelawak Shuib dan pasangannya Watie Hanifiah yang berlangsung pada Jumaat sehingga kini masih menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial. Bukan sahaja pasangan suami isteri itu, namun kehadiran pelakon Fasha Sandha yang bergambar mesra dengan aktres Nora Danish di majlis tersebut juga menjadi sebutan warganet. Fasha menerusi laman Instagram miliknya memuat naik video memperlihatkan gelagat mesra dia dengan Nora ketika menghadiri majlis pernikahan Shuib dan Watie. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, yang membuatkan warganet tertarik adalah komen daripada bekas suami mereka berdua iaitu Rizal Ashram Ramli atau Jejai yang ditinggalkan di ruang perkongsian itu. “Steady @fashasandha @noradanish,” tulisnya secara ringkas. Biarpun komen itu pendek, namun tetap menarik perhatian warganet yang rata-ratanya memuji sikap profesional Jejai dengan bekas-bekas isterinya. “Tiga-tiga steady… berdamai dengan takdir. Hidup pun happy. “Haha steady juga bro! Mashallah! Alhamdulillah. “Jejai ex (bekas) terbaik,” komen beberapa warganet.

Untuk info, Rizal mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 20 Jun 2006 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli yang kini berusia 14 tahun. Pasangan itu bagaimanapun berpisah pada 10 Julai 2008 dan Jejai kemudian berkahwin dengan Fasha pada 27 April 2012 namun mereka berpisah pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya matai aitu Putra Rayfal Ramli, 10, dan Putri Raysha Jemyma, lapan tahun.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.