Nak buat majlis sanding 6 tahun akan datang, kenyataan yang Shuib bagi waktu dengan Siti Sarah jadi perhatian warganet

Seperti yang kita sedia maklum, pelawak dan penyampai radio Shuib baru sahaja menamatkan zaman dudanya pada Jumaat lepas bersama seorang usahawan, Watie dengan sekali lafaz. Atas perkahwinan mereka ini, kita dapat lihat senyuman yang terukir di raut wajah Shuib dan anak-anak menunjukkan yang mereka begitu gembira menyambut kedatangan ahli keluarga baru. Bagaimanapun, di media sosial ramai yang kongsikan klip video majlis pernikahan tersebut, bahkan ada juga yang imbau balik kenangan saat Shuib dengan isteri pertamanya yang pergi menghadap illahi, arwah Siti Sarah. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian warganet adalah kenyataan yang Shuib berikan sewaktu dia bersama arwah Siti Sarah membuat majlis bersanding pada 6 tahun lepas. Dalam satu temuramah bersama Hlive, Shuib dan Siti Sarah menzahirkan rasa teruja kerana waktu itu mereka meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke enam. Selain meluahkan rasa teruja, Shuib ada mengatakan yang kemungkinan dalam masa 6 tahun lagi mereka akan membuat majlis bersanding.

Siapa sangka bahawa ia memang benar-benar terjadi, cuma bezanya dengan orang lain. Menurut warganet, waktu pernikahan Shuib dan Watie memang benar-benar lepas 6 tahun daripada tarikh majlis sanding dengan arwah Siti Sarah itu. Menjengah ke ruangan komen video yang telah meraih 846K jumlah tontonan dalam masa sehari itu membuatkan ramai netizen jadi sebak dan anggap mungkin kebetulan, ada juga yang mengatakan bahawa ini semua adalah perancangan Allah.

Allah memang dah susun cantik aturan hidup seseorang itu, apa pun tahniah buat Shuib dan sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah Siti Sarah. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.