Terpanggil dengan penderitaan kanak-kanak, Mas Muhammad Luth, 4, yang menderita penyakit jarang dijumpai, pelakon, Anzalna Nasir bertindak mengumpulkan sejumlah dana bagi membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga terbabit. Anzalna berkata, dia mengenali Luth yang menderita penyakit high grade glioma peringkat empat, awal tahun ini.
Penyakit ini juga adalah antara penyakit paling jarang dijumpai di dunia. Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit terbabit jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.
Saya memang sudah mengenali Luth sejak dia kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih,Ibu kepada Luth iaitu Hazirah adalah kenalan rapat saya. Apa yang menimpanya amat merenggut emosi saya memandangkan dia juga adalah ibu tunggal kepada tiga cahaya mata.
Tentunya dugaan yang menimpa dirinya membuatkan sesiapa saja akan terasa hati memandangkan beban yang ditanggung ketika ini amat berat. Menurutnya, high grade glioma adalah sejenis tumor di kepala yang begitu agresif dan perlu dirawat dengan segera.
Sejak dikesan menghidap penyakit itu pada 31 Januari lalu, Luth sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian terbabit. Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.
Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bahawa kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak. Anzalna berkata, hanya 10 peratus saja pesakit ini mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan,” katanya.
Pelakon drama Suria Di Cordoba ini berharap dapat mengumpulkan sejumlah dana bagi membawa Luth mendapatkan rawatan di luar negara. Terkini, keadaannya semakin lemah dan dia perlu segera di bawa berjumpa dengan doktor pakar di United Kingdom memandangkan hanya mereka yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegini.
Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka. Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth,” katanya.
Sumbangan boleh diberikan secara terus melalui https://bantuan.hollow-web.com. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.