Muat naik video dekat butik mewah, warganet tegur Fiza Halim sebab pakai tudung nampak rambut

Penampilan pelakon dan penyanyi, Fiza Halim nampaknya semakin menjadi perhatian warganet. Lebih-lebih lagi apabila aktres cantik ini berkongsi satu video merakamkan dirinya sedang berbelanja di sebuah butik bag berjenama mewah iaitu Louis Voitton baru-baru ini. Menerusi video tersebut jelas menunjukkan pemakaian tudung Fiza yang kurang kemas sehingga menampakkan sedikit bahagian rambut, leher dan juga dadanya. Disebabkan itu juga, warganet telah menegur Fiza penampilan Fiza yang dianggap kurang sesuai dengan wanita bertudung.

Malah di ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang dan khuatir sekiranya tudung yang dipakai Fiza itu ‘terbang’ dan kembali tidak berhijab seperti beberapa selebriti lain sebelum ini. Antara teguran yang diberikan warganet adalah, “Nampak rambut maaf kalau salah… Dulu akak tengok Fiza pakai kemas je tudung…” “Nampak pesen macam tak lama terbang tudung,” “Fiza pakai tudung betul-betul lagi cantik… Ayu sangat-sangat wajah mu. Pakai tudung mcm ni dah tak nampak ayu. Please pakai elok-elok balik,”

“Entahlah… Pakai tudung tapi nampak leher, rambut, dada pun terdedah. Maaf ye, kita bukan ustazah tapi benda dah nampak kita cakap sahaja lah,” Terdahulu, Fiza sebelum ini juga menjadi bualan warganet selepas dirinya didakwa mempunya hubungan cinta dengan suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48. Fiza bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Fiza sebelum ini pernah tiga kali mendirikan rumah tangga. Pada 2010, Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin dan dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra.

Perkahwinan kedua Fiza pula adalah dengan peserta Akademi Fantasia, Adam, manakala perkahwinan ketiganya pula adalah dengan juruterbang, Aizat Al Jefri. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.