Nekad untuk lawat Datuk Jalaluddin Hassan dekat hospital, Norreen iman kongsikan momen dirinya disuap makanan buat ramai yang sebak

Umum mengetahui, pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan pada saluran kencingnya. Susulan itu, pelakon filem Iskandar itu tidak dapat beraksi untuk sebuah program yang sedang bersiaran di televisyen swasta. Terbaru, pempengaruh media sosial, Norreen Iman berkongsi momen dirinya melawat Jalaluddin yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. Menerusi hantaran tersebut, Jalaluddin yang sudah beransur pulih dilihat sempat bergurau senda dengan Norreen yang merupakan salah seorang ahli pasukkannya dalam program tersebut. Klik sini untuk lihat video.

Bukan itu sahaja, Jalaluddin juga dilihat menawarkan untuk menyuap makanan kepada Norreen sehingga membuatkan pempengaruh itu menjadi sebak. “Ni yang nak nangis ni, tak dapat datang (Jalaluddin), suap saya pun jadilah. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet gembira melihat kemesraan dipaparkan Jalaluddin bersama Noreen meskipun mereka baru sahaja kenal demi menjayakan program berkenaan. Wargamaya juga dilihat tidak putus-putus mendoakan agar Jalaluddin segera diberikan kesembuhan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.