Muat naik video dengan Pu Abu, ramai yang tak sangka Hana Azraa terima semula Pu Abu

Sebelum ini, bekas isteri kepada pendakwah bebas, PU Abu iaitu Hana Azraa mendedahkan dirinya masih diganggu oleh bekas suami meskipun mereka sudah berpisah. Malah, Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir menjelaskan Abu turut menganggu beberapa ahli keluarganya dan perbuatan itu telah mencabar kesabaran dirinya sehingga dia bertindak membongkar perkara sebenar. Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Hana menerusi hantaran terbaharu di Instagram Stories (IG Story) miliknya dilihat sudah kembali berbaik dengan pendakwah itu.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana memuat naik satu video pendek yang memaparkan aksi mesra mereka bersama berserta kapsyen dirinya tidak sabar untuk berjumpa dengan Abu. “Ada orang tu (PU Abu) tak jadi balik esok, sobs (sedih). Tapi tak apa lah, jumpa awak nanti ok.” Sementara itu, Hana menerusi satu lagi hantaran di entri sama memuat naik sekeping gambar dan mengatakan dirinya teruja untuk memasuki bulan kegemaranya iaitu bulan Jun. “Memasuki bulan kegemaran saya, Jun. Bismillah.” Terdahulu, nama Hana pernah menjadi hangat dan dikritik hebat wargamaya apabila dia berkahwin dengan Abu sebagai isteri kedua pada Mei 2019, sekali gus menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Abu dan isterinya, Ain Afini.

Bagaimanapun, jodoh Hana dan Abu tidak panjang apabila akhirnya mengesahkan mereka sudah berpisah pada April 2020. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seoerang cahaya mata bernama Mateen yang lahir pada 1 Februari 2020. Hana yang juga berstatus ibu tunggal ketika berkahwin dengan Abu, turut mempunyai seorang anak perempuan, Afifah Aisyah, 7, daripada perkahwinan pertamanya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.