Ada yang cakap dia kurus sebab buat operasi usus, tak boleh berdiam sekali ini respon Fasha Sandha

Seringkali kita dengar mengenai operasi bariatrik yang dilakukan oleh sesetengah individu kononnya bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal. Golongan artis juga tak terkecuali melakukan operasi ini. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah dalam membuat tuduhan yang semua artis itu kurus sebab buat bariatrik kerana baru-baru ini pelakon, Fasha Sandha telah meluahkan rasa kesalnya selepas dituduh melakukan operasi tersebut ekoran penurunan berat badannya yang ketara.

Menerusi perkongsian Fasha di Instagram, dia telah menegur tindakan seorang pengikutnya yang mendakwa seorang kenalannya yang juga jururawat telah memaklumkan bahawa aktres tersebut ada membuat operasi bariatrik sebagai cara untuk mendapatkan badan yang langsing dengan segera. Ekoran fitnah berkenaan, Fasha telah mendedahkan perbualan mesej indvidu itu di IG dan meminta wanita berkenaan membuat permohonan maaf atau menampilkan bukti kepadanya dalam tempoh 24 jam.

Menurut Fasha, dia mengambil masa enam bulan untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat. “Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian. Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. Misi mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu sy 3 tahun lalu, alih2 buat cerita sy buat bariatic,” katanya. Fasha dalam masa yang sama mendedahkan yang ibunya pernah menjalani operasi berkenaan pada 3 tahun lalu disebabkan masalah berat badan berlebihan, tekanan darah tinggi dan masalah sakit lutut kronik.

Susulan teguran itu, Fasha menerusi satu lagi posting IG memberitahu wanita berkenaan sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon itu atas dakwaannya sebelum ini. Fasha memaklumkan dia menerima permohonan maaf berkenaan dan berharap ia menjadi pengajaran buat pengguna media sosial lain sebelum membuat sebarang tuduhan di media sosial.

“Selepas tiga jam, permohonan maaf terbuka. Saya maafkan hanya untuk kali ini dan semoga dapat dijadikan iktibar.  Agar tidak berlaku pada orang lain, terhadap artis lain juga. Dapatkan fakta sahih sebelum komen. Dapatkan fakta sahih, sebelum komen. Jangan sedap-sedap nak mengata artis atau sesiapapun. Jangan sesekali menyalahgunakan sosial media. Negara ada undang-undang,” katanya. Apa-apapun diharapkan isu ini menjadi pengajaran buat semua untuk tidak menuduh orang sesuka hati. Siasat dulu sebelum sebarkan. 

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.