Datuk Seri Vida rasa kesal bila pembantu rumahnya larikan diri sebab ini.

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berkongsi rasa kesal apabila salah seorang pembantu rumahnya bertindak melarikan diri dari kediaman mereka di Ipoh, Perak baru-baru ini. Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, DSV menyatakan bahawa pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Wati sanggup memanjat pagar rumahnya demi seorang lelaki.

Dalam pada itu, anak perempuan kepada DSV iaitu Cik B menerusi ciapan di Twitter seolah-olah ‘menyindir’ pembantu rumahnya itu yang melarikan diri dari rumah mewah dan “berharap” lelaki berkenaan akan menghargai usaha pembantu rumahnya itu.

Selain DSV, usahawan kosmetik sensasi, Iqbal Zulkefli turut mempunyai isu pembantu rumah yang dikatakan mengamalkan perbuatan syirik sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober tahun lalu. Kata Iqbal, pembantu rumahnya dikenali sebagai Indah itu dikatakan sering bercakap dan ketawa apabila bersendirian.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.