Anak kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan iaitu Zul Qayyum mendedahkan punca sebenar bapanya dimasukkan ke wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, pada Khamis lalu. Ketika dihubungi, Zul berkata bapanya dimasukkan ke wad disebabkan berlaku jangkitan kuman pada bahagian pundi kencing serta prostate. Bagaimanapun kata Zul, bapanya sudah pun diberikan ubat jenis antibiotik oleh doktor sebelum prosedur seterusnya dijalankan. “Abah (Jalaluddin) kena jangkitan kuman dalam pundi kencing dan prostate. Sudah seminggu abah demam on off.
Sekarang ini doktor sudah berikan ubat antibiotik untuk lihat kesannya dalam dua hingga tiga hari. Kemudian selepas itu, barulah doktor akan mula prosedur seterusnya untuk abah.” Ditanya mengenai keadaan terkini aktor berusia 69 tahun itu, Zul menjelaskan bapanya berada dalam keadaan stabil. “Alhamdulillah abah okay (stabil), cumanya nampak letih. Jadual kerja terlalu padat sejak lepas raya. Insya-Allah abah akan pulih. Cuma perlukan rawatan dan rehat seketika.” Terdahulu, Zul menerusi hantaran di laman TikTok miliknya memaklumkan bapanya telah di masukkan ke hospital. Menerusi perkongsian itu, Zul turut memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan bapanya sedang terbaring di atas katil wad hospital.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.