Dah lama tahan sabar, terkejut bila kakak Asif Suhaimi dedah bapa guna duit gaji Asif untuk beli barang terlarang

Kakak kepada YouTuber terkenal, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina telah mendedahkan perihal tindakan bapanya yang menggunakan bayaran diterima remaja itu dari Syahmi Sazli Production untuk kegunaan yang tidak baik.Menerusi perkongsiannya di Facebook, Atina menyatakan bapa mereka telah menggunakan duit Asif untuk membeli bahan terlarang dan juga bermain benda tak berfaedah. Dia juga dengan terang-terangan mengatakan yang bapanya tergamak menghisap bahan terlarang di hadapan Asif yang merupakan insan kelainan upaya. Perkara tersebut terpaksa didedahkan kerana tidak tahan dengan fitnah yang dilempar bapa sendiri kepadanya yang dikatakan mengambil duit hasil kerja Asif sewaktu terlibat dalam projek Syahmi Sazli.

Ujarnya, angka RM7,000 yang diterima dari Syahmi itu tidak sepenuhnya diberikan kepada bapa mereka kerana boleh dikatakan satu kampung dan juga ahli keluarga tahu mengapa perkara tersebut dilakukan. Atina juga mengatakan yang RM3,000 baki selepas sebahagiannya diberi kepada bapa telah digunakan untuk keperluan Asif. Perkara tersebut juga bukan kali pertama terjadi kerana pernah berlaku sekitar 2019 apabila lelaki itu memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya memberikan gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.

Ujar kakak kepada Asif itu lagi, kesabarannya sudah habis kerana pelbagai kerenah bapa yang dikatakan menggunakan duit yang ada untuk membeli bahan terlarang. Ujarnya, dia rela berdosa membuka aib keluarga kerana sudah penat dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan bapa sendiri terhadapnya berkaitan bayaran Asif.

Untuk rekod, Asif Suhaimi atau nama sebenar Mohamad Asyiff Suhaimi merupakan YouTuber yang sering terlibat dalam projek drama dan filem dari Syahmi Syazli. Dia yang merupakan remaja OKU turut pernah menggenggam trofi Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular (ABPBH) 2020. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.