Takkan sertai mana mana parti politik, tapi ada sumber menyatakan KJ sedia untuk bekerjasama dengan PN pada PRN nanti

Baru-baru ini, tular satu foto yang menunjukkan bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin bergambar dengan Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin, disebabkan itu timbul desas-desus bahawa Khairy Jamaluddin dikatakan bakal menyertai Perikatan Nasional (PN). Susulan itu, Berita Harian melaporkan bahawa bekas Ketua Pemuda UMNO itu tidak akan menyertai mana-mana parti politik mahupun menubuhkan parti baharu dalam waktu terdekat ini. Ia dinyatakan oleh sumber terdekat PN berkenaan dengan foto pertemuan itu.

Walau bagaimanapun, sumber menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin (KJ) bersedia untuk bekerjasama dengan PN dalam PRN nanti. “KJ dah nyatakan tidak akan sertai BERSATU atau mana-mana parti politik pada masa ini mahupun tubuhkan parti baharu.” “Bagaimanapun beliau (Khairy) sedia untuk bantu bawa gelombang rakyat dalam kempen kami (PN) pada PRN nanti.” Namun begitu, masih belum ada sebarang maklum balas daripada KJ berkenaan isu ini. Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris telah mengesahkan pertemuan antara Muhyiddin dan Khairy itu diadakan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, namun tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut berikutan tidak turut serta dalam pertemuan itu.

Untuk rujukan, Mei lalu, Pengerusi PN itu telah mengemukakan tawaran kepada KJ untuk menjadi Ahli Pimpinan Tinggi BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain. Muhyiddin dilaporkan berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan, tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Ahli Parlimen Rembau itu. Sumber:Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.