Belum serik lagi kena kritik dengan warganet, terkejut bila tiba tiba Masya masyitah muat naik gambar stoking jarang sampai nampak peha

BAGAIKAN tidak serik, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi jadi perhatian ramai apabila kali ini tampil menggayakan sarung kaki jarang dadn menampakkan bahagian pahanya.Menerusi ruang komen pada gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, ramai melahirkan rasa kurang setuju dengan gaya tersebut kerana ia tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung sepertinya. Malah ada di antara mereka berasa pelik dengan sikap Masya atau Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 23, yang dilihat tidak serik-serik dan seperti sengaja tampil dengan pakaian sedemikian demi meraih perhatian. “Pelik betul fesyen kau ini adik. Ada ke pakai tudung tapi nampak paha? Tiada rasa segan ke?

“Macam nampak paha awak. Kalau tak perasan cuba tengok balik. Awak cantik bertudung. Semoga awak fikir-fikirkan. “Biasalah kalau tenggelam nak timbul balik, cara macam inilah. Islam itu indah tapi wujud orang macam ini, Islam dipandang serong,” komen warganet. Menerusi perkongsian itu, Masya mengenakan skirt berserta sarung kaki jarang dan but tinggi berwarna hitam. Gaya tersebut dilihat juga cuba meniru fesyen gadis Jepun yang biasa menjadi ikutan dari kebanyakan penggemar animasi di sana.

Masya bagaimanapun tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen-komen yang diberikan. Penyanyi ini juga pernah menerima kritikan sama sebelum ini kerana berani tampil dengan fesyen pelik dan berkongsi di media sosial. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.