Suara wanita itu aurat, Iwan tetap dengan pendirian tak nak cipta lagu untuk wanita

BAPA kepada pelakon Aprena dan Oktovia Manrose iaitu Iwan Syahman mendedahkan dia pernah menolak permintaan penyanyi wanita untuk menghasilkan lagu buat mereka. Iwan atau Wan Syahman Wan Yunus, 62, berkata, dia mempunyai pendirian tidak menerima mana-mana tawaran sedemikian kerana menyifatkan suara merupakan aurat buat wanita. Malah, kata penyanyi lagu Memori Daun Pisang itu juga, permintaan anak-anaknya untuk mendapatkan lagu ciptaannya juga pernah ditolak.

“Saya memang akan menolak lebih-lebih lagi ramai penyanyi perempuan yang minta saya buatkan lagu untuk mereka. “Saya rasa mereka pun faham. Bagi perempuan, suara itu tetap aurat termasuk anak-anak perempuan saya sendiri pun ada yang minta saya buatkan lagu. Mereka pun menyanyi juga. “Namun saya tetap berkeras untuk menolak permintaan mereka,” katanya kepada pemberita. Iwan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Angkasa Mukmin dengan usahasama Hayya Travel and Tours menandatangani perjanjian persefahaman dengan Batik Air Malaysia yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.

Dalam pada itu, Iwan berkata dia tetap berusaha untuk kekal istiqamah dan berharap tidak mengulangi kehidupannya seperti dulu. Kata Iwan, dia bersyukur diberikan peluang untuk memperbaiki diri dan memberitahu tujuan hidupnya kini mencari keredaan Allah SWT. “Kehidupan kita ini tidak lagi macam dulu. Allah beri saya sekali sahaja peluang. Sekiranya saya kembali seperti dulu, saya tidak tahu bagaimana keadaan saya. “Setakat ini saya mengambil keputusan untuk istiqamah bagi tidak mengulangi kehidupan masa lalu. “Hidup saya sekarang untuk mencari reda Allah. Semua orang juga seperti itu. Antara mereka yakin atau tidak,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Iwan dan tiga lagi rakan artis termasuk Ali XPDC, Dr Sam dan Mel Wings bakal diterbangkan ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah bersama Angkasa Mukmin Sdn Bhd dan Hayya Travel Tours Sdn Bhd. “Sebenarnya sudah tiga kali niat saya ingin ke Tanah Suci tidak dapat ditunaikan atas sebab-sebab tertentu. “Saya reda dan kali ini sekali lagi dapat peluang untuk menunaikan umrah. Kalau dengan izin Allah, insyaAllah saya akan berangkat ke sana mengikut ejen pelancongan ini,” katanya. Untuk info, Angkasa Mukmin Sdn Bhd dan Hayya Travel Tours Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategi dengan Batik Air dalam menyediakan tiket penerbangan untuk sektor Umrah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Kerjasama ini bertujuan untuk memberikan pengalaman perjalanan yang selesa dan dipercayai bagi para jemaah yang ingin melaksanakan umrah ke Arab Saudi.