Nampak Meerqeen dengan Ameera Khan mesra, tak boleh berdiam sekali ini respon dari Anna Jobling

MELIHAT kemesraan pelakon Meerqeen dan Ameera Khan dalam satu acara baru-baru ini mengundang rasa kurang senang segelintir segelintir peminat. Sehinggakan ada yang beranggapan perkara itu bakal mengganggu hubungan aktor berkenaan dengan pasangannya iaitu Anna Jobling. Mengulas mengenai perkara itu, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, memberitahu dia tidak kisah tentang perkara itu kerana hubungannya dengan Meerqeen hanyalah sekadar kawan.

Malah, dia melihat kemesraan itu atas urusan kerja semata-mata. “Saya tak kisah pun sebab ia urusan kerja. Mungkin selepas ini Anna akan berada di set lain dan akan digandingkan dengan pelakon lain juga. “Orang nak jodohkan saya dengan Meerqeen saya okay saja sebab kami hanya kawan… apa yang membuatkan peminat gembira, saya okay saja. “Peminat saya tahu yang saya tak suka dibandingkan dengan sesiapa walaupun daripada segi kecantikan sekali pun, setiap orang ada kelebihan masing-masing,” kata Anna..

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.