Ramai yang tertanya tanya, kes Kamal Adli di Singapura ditangguh dua minggu lagi sebab ni

Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa mnyrng pelakon Kamal Adli. Hakim Daerah Ong Hian Sun juga mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Julai untuk sebutan kes. “Pendakwaan kes polis belum lagi bersedia. Kami memohon penangguhan selama dua minggu. AGC (Jabatan Peguam Negara) telah berunding dan IO (pegawai penyiasat) telah dibimbing untuk menjalankan siasatan lanjut,” kata pendakwa raya.

Tertuduh yang muncul melalui pautan video pada Isnin diwakili oleh peguam Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC. Wee tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan itu dan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah mengarahkannya untuk membuat permohonan ikat jamin. Hong Shern juga bertanya kepada pihak pendakwaan sama ada siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan dengan pertuduhan baharu atau yang sedia ada. Pendakwa raya dalam reaksinya berkata: “Ia adalah atas pertuduhan sedia ada. Pertuduhan baharu masih belum ditawarkan.”

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana “disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kelukaan dengan barang berbahaya secara sukarela”. Jika sabit kesalahan menyebabkan kelukaan secara sukarela dengan barang berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman ditahan sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hkman. Pada 12 Mac, polis telah dimaklumkan mengenai kes di 1 Expo Drive, dia didakwa mnyrng pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton yang kemudian dirampas oleh polis sebagai bukti.

Kamal yang luka terpaksa menjalani operai di sebuah hospital. Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila kejaidan itu berlaku pada penghujung acara. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.